Pages

Thursday, 19 February 2015

Raudhah

Ulasan Novel : Raudhah

Penulis : Ramlee Awang Murshid

Novel yang baik dengan plot yang tidak dijangka. Saya sebenarnya 'takut' untuk membaca karya Ramlee Awang Murshid (RAM) sebab saya tahu yang beliau merupakan seorang penulis yang baik dan juga seorang penulis yang terkenal terutamanya untuk golongan remaja. Saya pernah mengajar di USIM secara sambilan dan apabila ditanya siapakah penulis pilihan pelajar, ramai diantara mereka menjawab yang mereka amat meminati hasil tulisan RAM. Ketika itu, terdetik untuk membaca karya beliau dan apabila anakanda saya sendiri mula meminati hasil karya beliau saya semakin tidak berani untuk membaca kerana takut 'terjebak'. Saya takut saya tidak boleh berhenti membaca! Raudhah adalah karya pertama RAM yang berani saya singkap.

"Bismillah...aku mencintaimu kerana Allah"- ayat yang cantik dan tidak pernah saya jumpai dalam mana-mana naskah cinta sebelum ini. Sebetulnya, Raudhah memang bukan naskah cinta antara manusia tetapi lebih kepada pencarian satu jiwa kacau ke arah keredhaan Illahi. Watak utama ialah Faris yang di awal cerita ialah seorang pembunuh upahan:Contract Killer. Tetapi conscience beliau yang menyebabkan setiap kali beliau membunuh, jantungnya sakit. Kesakitan itu akhirnya menemukan beliau dengan sahabat lamanya iaitu Hambali. Hambali yang membantu Faris untuk kembali ke  pangkal jalan sehingga satu hari ketika Faris koma, Hambali terlibat di dalam kemalangan dan jantungnya telah diwasiatkan  untuk Faris, Faris mendapat kehidupan semula dengan jantung tersebut. Melalui Hambali juga, Faris dipertemukan dengan Junaidahtul,yang pada awalnya merupakan tunangan Hambali. Dalam pencarian jalan kembali, Faris telah ke Makkah dan Madinah bagi menunaikan umrah. Ketika Faris difitnah di Madinah dan dijatuhkan hukuman pancung, Junaidahtul yang digelar Raudhah, tidak henti berdoa. Takdir menentukan yang Allah menduga mereka yang benar-benar ingin bertaubat. Di penjara, Faris mendapat gelaran baharu: Awwabin.

Tidak seperti kebanyakan cerita, Faris tidak berakhir dengan Junaidahtul. Faris menemui cintanya yang baharu iaitu cinta kepada Allah SWT. Cinta yang benar dan cinta yang sejati. tetapi seperti kebanyakan cerita yang lain, akhirnya they live happily ever after. Faris menjadi seorang manusia baharu dengan membuka episod hidup yang baharu.

Pengajaran: 

Terdapat beberapa episod di dalam penceritaan ini yang membuat saya terkenang kembali kepada pengalaman semasa di Makkah dan juga Madinah, Seperti terbayang kesesakan ketika di Raudhah. Saya juga melakukan apa yang dilakukan oleh karekter Junaidahtul ketika berada di Raudhah. Bersolat dan terus bersolat agar tidak di'halau' oleh penjaga wanita yang berada di situ.
Bagi saya, RAM berdakwah dengan caranya sendiri. Selesai membaca, tidak dapat tidak kita melihat keEsaan Allah SWT, kuasaNya dalam menentukan sesuatu dan kebijaksanaanNya dalam mengatur kehidupan kita. Terima kasih RAm kerana karya yang baik ini.

Rating : 4.5/5

Tuesday, 3 February 2015

My Akmal

" Mama, semua orang kena balik 29hb ni. Mama mai la ambik Akmal tau!"- the plea from my son.

He called home every now and then and when he pleaded for me to go and get him, I could not say 'no'. I was lucky as at the same time, there was this training and placement company from Singapore was looking for talents and I had arranged for them to meet the management of Politeknik Ibrahim Sultan. Incidentally, it happened to be on the 29th! We departed after Maghrib on Wednesday. Why did we depart so late? My boss persuaded me to attend a meeting that day and the meeting was scheduled to end at 4.30. The meeting was rescheduled to the next day but I went back at 5.20pm,only 20 mins earlier then usual.

When I reached home, my mother in law was already waiting.(We managed to persuade her to join the trip.) We reached JB at 11pm-almost midnight. We booked into Hotel Alam Indigo in Plentong. For RM180 we were given an apartment with two bedrooms. The apartment was okay. But, it actually cost less if you booked via phone than thru booking.com. Walk in guests would pay only RM150 for a night for that room! Darn!! I lost RM30 for wanting to be well planned..The next morning, the whole gang sent me to the Polytechnic. Our guests- the company- was late. One hour late! But things worked well after that. The meeting ended at 2.30pm and I then rushed to the awaiting transport with my personal chauffer..i.e:my hubby. We picked Akmal up at his school close to 4pm.

My feelings when I saw my son walking towards us with his backpack? Breathless...felt like hugging him but I had to control myself. I was scared that his friends might teased him later on..Then we took him to the hotel. We had pre booked our usual hotel : The Lotus Hotel forgetting the fact that it did not have an elevator. So, my MIL suffered. After climbing up two flight of stairs, she refused to come down so she didn't join  us for dinner that night. I felt very guilty. Guiltier when we went to have a super nice dinner in Kg Senibong which was very famous for its seafood. You could find almost anything there..lobsters,crabs, cockles, so many types of fish...spoiled for choices. We went to Nonies as the adverts said: Siakap for RM1. We took Combo #4 which cost us RM134 + RM1 siakap=it was worth it. The buttered prawns were soooo good. Crunchy and juicy at the same time! We took some back for my MIL.



The next day was a 'lepak' day. We forced Akmal to do his homework and later in the afternoon we took him shopping at Aeon. He took the usuals: air kotak, maggi cup- i don't like this, biscuits etc. I noticed that Akmal was enjoying the attention that we were giving him. He also got a new pair of black trousers to match his baju batik.

That night we had dinner at Senibong again  but this time at a different stall and we regretted as this stall was more expensive than the one that we had the night before. We brought back fried keow teow for my MIL.

The last day was rather sad as I had to part with Akmal again. He seemed okay. We had a simple lunch at a wakaf in his school. To sum up: Akmal seemed to be able to cope with his new environment. He has a few friends ( and even a few admirers) and he likes his school and his teachers.
Akmal and his RM120 baju batik...

Mom's reaction : Leggaaaaaa...

I am looking forward to seeing my son again when he comes back for Chinese New Year. Balik sendiri naik bus ..InsyaAllah..


Sweet Dream Cinta

Ulasan Novel :

SWEET DREAM CINTA

Pengarang:
Nina Kamal

Saya tidak pernah membaca karya Nina Kamal dan ini merupakan naskah pertama beliau yang menjadi santapan hujung minggu saya. Di akhir pembacaan, saya dapati karya ini adalah karya yang baik. Nina menggunakan dua dialek utama iaitu dialek Kedah dan Sabah. Mungkin juga penulis mempunyai pengalaman peribadi dengan dua dialek ini sebab ianya berjaya dipersembahkan dengan baik sekali.

Plotnya agak mudah. Novel ini menceritakan kisah cinta seorang anak kecil iaitu Ramona yang dipanggil Moon bersama heronya Adrian yang dipanggil Ian.  Moon adalah gadis kampung yang teruja melihat kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya di Jitra. Ketika kecil lagi hatinya sudah terpaut dengan Ian yang dianggap sebagai jodohnya. Ian pula menganggap Moon sebagai pengacau dan dia tidak menyukai Moon. Bersama saudara sepupunya yang lain, mereka seringkali membuli Moon namun Moon tetap mengekori Ian walau ke mana jua dia pergi.  Perkara ini berlarutan sehingga Moon mencecah 17 tahun. Pada tahun tersebut, Ian membawa pulang Mia-teman wanitanya untuk menyambut Hari Raya . Moon rasa tercabar lalu memfitnah Ian dengan mengatakan yang dia telah dicemar oleh Ian. Ian bertindak dengan mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Moon,kemudiannya mengikut keluarga tersebut balik ke Kota Kemuning. Apabila mengetahui akan perkara tersebut, Ian terus terbang ke US dan tidak pulang sehingga beberapa tahun selepas itu. Di Kota Kemuning, makcik Ian yang berketurunan Kadazan- Cik Pat, merupakan orang yang telah memberi perspektik kehidupan yang baharu kepada Moon. Hasil pujukan Cik Pat, Moon mula belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya memilih Design Art sebagai bidang yang diceburinya. Moon bekerja sambil belajar dan bakatnya terbukti cemerlang apabila beliau sering memenangi beberapa pertandingan.

Bidang rekabentuk perhiasan wanita juga telah membawanya kembali untuk bertemu semula dengan ahli keluarga Ian. Norman, sepupu Ian, terserempak dengan Moon di dalam satu pertandingan dan sejak itu hubungan keluarga telah disambung semula. Ian kemudiannya pulang ke tanahair untuk menghadiri kenduri kahwin kakaknya. Ketika itu, Ian terkesima melihat kejelitaan Moon tetapi cintanya ditolak oleh Moon. Kecewa, Ian kembali ke US tetapi mendapati dirinya tidak lagi mampu untuk tidak memikirkan tentang Moon. Ian kembali mencari cinta dengan cara yang lebih berhemah. Pada masa yang sama Cik Pat menyerahkan pentadbiran Isadora-syarikat kesayangan Moon, kepada Ian dan Moon sangat berkecil hati lalu merancang untuk memerangkap Ian sekali lagi. Ia berhasil dan Ian mengahwini Moon yang sememangnya sudah dicintainya. Tembelang pecah bila Ian melalui pengalaman intimnya bersama Moon. Ian kecewa bila mengetahui sebab utama Moon mengahwininya. -- semuanya kerana Isadora. Ian menjauhkan diri.

Retak tidak belah apabila Cik Pat disahkan mengidap kanser ovari. Moon memohon maaf dan mereka berbaik semula. Moon mendapati bahawa beliau sendiri sudah menjumpai cintanya terhadap Ian. Berlaku beberapa insiden kecil yang akhirnya membawa kepada pertemuan perasaan di antara 'matahari' dan 'bulan'.

Saya cuma bersyukur bila di akhir cerita mereka hanya bercakap tentang anak dan tidak pula Moon mengandung! Lazimnya novel Melayu selalu berakhir dengan si heroin mengandung dan melahirkan zuriat sang hero!..Klise kot.

Untuk novel yang berharga RM28.00..ia bahan bacaan yang berbaloi untuk hujung minggu anda!